22 June 2021

LAN BENGANG KEDAI DISAMAN LAGI: "DATANG SINI BAGITAHU AKU APA KAU TAK PUAS HATI..."



"Puas hati kau wahai pengadu..!? Time aku loading barang kontena time tu la ada orang complain. Time itu jugalah MBSJ terus datang buat kerja. Allahuakbar.. Katanya aduan 'mengganggu lalu lintas'! Kat mana yang aku ganggu lalu lintas? Pagi buta sesak tang mana?

"Orang yang complain tu pun orang sekeliling ni jer. Aku pun tak tau nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya?. Tak susah kalau kau nak cari aku.. Musim PKP ni aku tak ada show. Aku ada ja kat kedai.

"Datang sini bagitau aku apa yang kau tak puas hati sampai nak kacau tempat aku cari rezeki" ujar penyanyi Lan Solo yang meluahkan rasa kesal dan bengang dengan tindakan pihak yang sering membuat aduan berkaitan kedainya, Pasar Mini Solo Borneo Mart.

Klik untuk gambar besar



Jelas Lan, pengadu terbabit membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) bahawa barang-barangnya telah menghalang laluan sehingga dia dikenakan tindakan saman.

Tambah Lan, aduan sebegini bukan pertama kali dihadapinya dan dia percaya aduan tersebut dibuat oleh mereka yang berada berdekatan dengan kedainya.

Sebelum ini, isteri Lan iaitu Sheila Razlan pernah meluahkan rasa kecewa apabila kedai mereka sering diserbu penguatkuasa biarpun kedai mereka mempunyai lesen sah dan mendapat A dalam soal kebersihan.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: