23 June 2021

7 SELEBRITI DIKOMPAUN, KESELURUHAN RM19,000 LANGGAR SOP PKPB MAJLIS BUKA PUASA



"Semua yang terlibat telah dikompaun semalam dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM19,000," demikianlah kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah yang memaklumkan tujuh selebriti telah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada April lepas.

Mohamad Zainal, berkata enam individu masing-masing dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka manakala penganjur yang juga seorang selebriti dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis diadakan.

Jelasnya, keputusan untuk mengenakan kompaun terhadap semua individu itu dibuat selepas pihaknya menerima kembali kertas siasatan kes daripada pejabat Peguam Negara semalam.

Pada 2 Mei lepas, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bukit Bintang yang turut dihadiri beberapa artis.

Siasatan turut dilakukan selepas gambar penganjuran majlis berkenaan tular di media sosial yang memaparkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis berkenaan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: