15 June 2021

BAKAL TIMANG ANAK KEEMPAT - SITI SARAH 'SERIAU', FOBIA JIKA BAYI TERTUKAR



"Berdiri bulu roma saya. 'Seriau' Ya Allah bila baca cerita ini. Lagi-lagi sekarang saya sedang sarat hamil. Kalau dalam sinetron Indonesia ada cerita Puteri Yang Ditukar, ini betul-betul jadi bukan sinetron atau cerekarama. Apalah rasanya mengandung sembilan bulan tiba-tiba dapat tahu bayi tertukar.

"Nasib la mak ayah sedar ketika nak memotong tanda nama pada kaki. Kalau tidak sampai besarlah tak tahu bayi tertukar. Sarah yang baca berita ini pun bukan sekadar 'seriau', fobia pun ada. Lagi-lagi bila dua ibu ini sama sama sedih teringat bayi yang dah jadi anak susuan," katanya.

"Ia membabitkan masa depan, darah daging dan macam-macam lagi. Saya doakan semoga urusan kedua keluarga ini dipermudahkan," kata penyanyi Siti Sarah yang mengakui 'seriau' dan fobia sebaik mengetahui kejadian bayi yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Sarah yang kini hamil enam bulan dan bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi itu berkata, selama ini dia hanya melihat kejadian seumpama itu berlaku di dalam drama sahaja dan tidak sangka boleh terjadi secara realiti.

Menurut Sarah, dia berharap kecuaian seperti itu tidak akan berulang pada masa akan datang. Sarah berharap perkara ini jadi pengajaran untuk semua, kecuaian seperti ini tidak patut berlaku.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian dua wanita, Siti Suriani Wahiddin, 23, dan Diana Hanani Abdullah, 23, yang tertukar bayi masing-masing selepas melahirkan anak di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor. Kejadian itu hanya disedari selepas masing-masing pulang ke rumah.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: