15 June 2021

SHARNAAZ AKUI TIADA HUBUNGAN ISTIMEWA, MASIH MENCARI CALON YANG TERBAIK



"Saya sekarang ini tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Apa yang saya boleh cakap, masih dalam proses mengenali kerana mencari terbaik. Yang terbaik itu bukan untuk diri saya tetapi untuk diri Jebat dan masa depan dia," itulah kata pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz berkata demikian ketika menjawab pertanyaan orang ramai berkenaan dengan dirinya sudah mempunyai teman istimewa atau pun tidak. Sharnaaz mengakui buat masa ini dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, buat masa ini dia masih di dalam proses perkenalan demi mencari calon yang terbaik untuk anak lelakinya iaitu Jebat Jayden Ahmad.

Klik untuk gambar besar



Sharnaaz menjawab pertanyaan mengenai hubungannya diantara penyanyi, Azira Shafinaz itu di dalam live Instagram apabila ditanya oleh Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka berdua.

Untuk makluman, Sharnaaz dan Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017, hasil perkahwinan mereka itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden namun bahtera yang dibina oleh mereka tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: