19 June 2021

BAPA MAKIN SAKIT BERAT - EBIT LEW MOHON DOA: "AYAH CAKAP SEMPURNAKAN KERJA DI SANA KERANA ALLAH"



Semua sedia maklum mengenai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Gaza dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Difahamkan, Ebit Lew masih lagi belum pulang ke tanah air. Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, Ebit Lew telag berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan bapanya.

Melihat entri tersebut, Ebit Lew memaklumkan kondisi bapanya kini berada pada tahap kurang memuaskan dan dijaga oleh abangnya. Dalam masa sama, Ebit memohon doa ramai mendoakan kesejahteraan bapanya.

"Pohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku.

Klik untuk gambar besar



"Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja disana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah.. InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya," tulis Ebit Lew.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi tersebut bermula 25 Mei hingga 30 Mei 2021.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada Ebit Lew masih berada di Mesir ataupun sudah memasuki Gaza. Apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat Ebit Lew.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: