19 June 2021

BCL DIKECAM SELEBRITI BALI, DIDAKWA JEJAS INISIATIF PELANCONGAN: "DIA FAHAM ATAU TIDAK ERTI 'KUARANTIN KENDIRI'?"



"Dia bercerita di gambarnya tentang 'kuarantin kendiri' malah bangga mengatakan terkena COVID-19, yang katanya virus yang berbahaya, tapi ini seperti trend terbaru yang sekadar mengundang simpati.

"Dia bangga jalani proses kuarantin kendiri tapi di gambar (Instagram) ada dua orang pula. Dia faham atau tidak erti kata 'kuarantin diri'?" itulah tegas pemuzik dan pemain dram bnd Superman Is Dead (SID), yang berasal dari Bali iaitu Jerinx atau nama sebenarnya I Gede Ari Astina.

Menurut Jerinx, aksi penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari yang memuta naik gambar bersama individu lain dengan kapsyen 'sedang menjalani kuarantin' itu seolah-olah cakap tidak serupa bikin. dan memberi contoh yang tidak bagus untuk tatapan masyarakat.

Bunga atau lebih mesra disapa BCL itu baru-baru ini telah mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak ekoran tindakannya memuat naik hantaran di akaun Instagram miliknya menjalani proses kuarantin kendiri.

Klik untuk gambar besar



Jerinx selanjutnya menyatakan bahawa percubaan BCL itu secara langsung meninggalkan impak pada usaha pemulihan di destinasi pelancongan penting negara Indonesia.

"OK, cuba lihat pada timeline BCL sejak dia bercuti di Bali. Pada awalnya dia memuat naik gambar bersenang-senang di Bali, yang tentu disaksikan oleh pengikutnya.

"Namun, selepas pulang ke Jakarta, dia dengan 'bangga' mengumumkan kepada 18 juta pengikutnya bahawa dia terkena COVID-19. Secara automatik, orang akan tahu BCL terkena COVID-19 di Bali, bukan di bulan, atau di kutub utara!" kesalnya.



Jerinx seterusnya menyata kekesalannya kerana tindakan selebriti seperti BCL itu hanya akan menjejaskan pelan pemulihan Bali yang sepatutnya akan dibuka kembali pada Julai nanti. Bagi Jerinx, tindakan seperti yang dilakukan BCL itu ibarat mengenakan 'prank' ke atas Bali yang sekian lama menunggu peluang untuk bangkit semula, namun kerap tergendala.

Umum tahu, ekonomi penduduk di 'Pulau Dewata' itu lumpuh teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda sejak awal tahun 2020. Banyak perniagaan pelancongan terpaksa tutup operasi dan jutaan rakyatnya kehilangan punca pendapatan.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno, mengumumkan tentang kempen Work From Bali, iaitu menawarkan destinasi pelancongan itu kepada tenaga kerja syarikat berkaitan kerajaan untk bekerja secara remote atau bekerja di luar pejabat. Inisiatif itu adalah untuk mengembalikan rentak pelancongan sekali gus menghidupkan semula ekonomi penduduk Bali.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: