19 June 2021

MULAKAN RAWATAN KESUBURAN - MISHA OMAR BERHARAP DIKURNIAKAN 'BABY GIRL'



"Seperti yang semua orang tahu, saya tengah mencuba untuk mendapatkan ahli keluarga baru sejak tahun lalu lagi. Tahun ini lebih serius dan saya sedar di usia sekarang kena lebih rapi persiapannya. Sebab itu saya ada minta nasihat daripada Dr. Azrai yang merupakan kenalan lama, dia juga kenalan ahli keluarga kerana mudah untuk kami berbicara.

"Untuk proses kali ini, saya masih di peringkat awal dan saya baharu saja memberikan sample darah untuk dihantar ke lab di mana keputusan akan keluar dalam masa tiga minggu," demikian kata penyanyi Misha Omar yang memaklumkan dia kini sudah pun memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan, demi mendapatkan cahaya mata kedua selepas lima tahun.

Kata penyanyi berusia 39 tahun ini, dia juga mendapatkan khidmat nasihat daripada kenalannya yang juga seorang pakar sakit puan iaitu Dr Azrai Abu sebagai persiapan. Dalam masa sama, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar turut memberitahu yang dia sudah melakukan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap keseuburanya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.

Penyanyi lagu 'Tanpa Rela' ini juga menjelaskan tanda pagar yang dicipta di Instagram #MenjejakKhadeja itu sebagai pembakar semangat untuk dikurniakan bayi perempuan.

Klik untuk gambar besar



"Hashtag tu saya wujudkan sebagai satu semangat buat diri saya jalani proses untuk kehamilan. Kenapa Khadeja? Sebab saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan baby girl. Kena doalah dari sekarang... tapi kalau nanti dikurniakan bayi lelaki pun tak apa.

"Orang kata permulaan ini yang akan menyempurnakan perjalanan itu. Jadi, saya doa dari sekarang mudah-mudahan Khadeja. Tapi nama itu bukan kekal untuk baby girl nanti (jika diberikan rezeki). Ia sekadar nama saja. Tak tahu nak beri nama apa dan itu saja yang terlintas di kepala," ujarnya.

Sementara itu, Dr Azrai yang pakar sakit puan di UKM Specialist Centre memberitahu Misha berkemungkinan berpeluang untuk mengandung secara semula jadi tanpa melalui rawatan kesuburan in-vitro (IVF).


"Apa yang Misha dan saya berbincang semalam untuk mengetahui saja potensi telur Misha untuk hamil. Tak semestinya Misha kena lalui IVF. Sebab itu apa yang kami bincangkan lebih kepada kesedaran untuk bagi orang umum tahu yang rawatan kesuburan ini tak semestinya IVF. Kalau telur Misha masih okay, dia boleh lalui kehamilan secara normal.

"Apa-apa proses yang Misha akan lalui selepas keputusan ujian AMH keluar. Berdasarkan keputusan itu kita boleh tengok apa kemungkinan yang buat kondisi telur itu rendah. Selepas itu, barulah kita boleh bincanglah. Kalau nak teruskan secara normal, kita mungkin periksa saluran peranakan. Harap semua orang faham situasi Misha," katanya.

Untuk makluman, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia 15 tahun. Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: