27 June 2021

BEBAS COVID-19 - DOKTOR BENARKAN JUMPA ANAK, BCL MASIH MAHU JAGA SOP



Tanda negatif... Demikian keputusan calitan Covid-19 yang diperoleh penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari selepas 10 hari menjalani kuarantin.

Menurut Bunga atau lebih mesra disapa BCL, dia sudah dibenarkan oleh doktor untuk berjumpa dengan anaknya, Noah, namun penyanyi itu masih mahu menjaga SOP (prosedur operasi standard) sehingga tamat tempoh 14 hari.

"Hari ini ke rumah sakit (hospital) untuk cek paru-paru dan darah pasca Covid-19. Mudahah-mudahan hasilnya bagus. Tadi juga sudah membuat calitan swab test kedua dan Alhamdulillah negatif.

Klik untuk gambar besar



"Jadi kata doktor saya sudah boleh berjumpa dengan Noah tapi saya rasa saya akan memakai mask dulu... untuk sementara sehingga ke hari 14," katanya.

Isteri kepada arwah Ashraf Sinclair itu memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Sebelum ini, Bunga dan beberapa rakannya disahkan positif Covid-19 daripada salah seorang rakan mereka dan menjalani kuarantin bersama.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: