27 June 2021

"CUKUPLAH FITNAH DIA HADAP..." - IBU BENGANG IMAN TROYE DITUDUH JALAN SANA-SINI RENTAS DAERAH



Sekali lagi terpalit dengan fitnah... itulah yang dialami penyanyi Iman Troye, 18, apabila didakwa sengaja berjalan sana-sini sehingga merentas daerah, meskipun negara sekarang sedang melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown'.

Menerusi tulisan seorang pengguna di laman sosial Twitter pada Sabtu, pelantun lagu 'Teman' itu dikatakan tinggal di Puncak Alam, Selangor dan telah ke Setia Alam untuk mendapatkan makanan yang diingini.melainkan sekali sahaja ketika pergi ke Balai Polis Dang Wangi di ibu kota untuk mengambil saman.

"IYEE!! Contohnya Iman Troye duduk Puncak Alam selamba je pergi jalan sana-sini minum Starbucks makan Llao Llao. Kat Puncak Alam mana ada semua jadah tu. Setia Alam je paling dekat. Itu pun dah keluar daerah," tulisnya.

Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin telah meluahkan rasa berang dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadapnya menerusi InstaStory dan mempersoalkan mengapa individu tersebut sanggup menyebar fitnah terhadapnya.

Klik untuk gambar besar



"Sejak bila pula saya tinggal Puncak Alam? Abang kalau tak tahu apa-apa jangan jadi palatao. Bila dah tak ada point, sanggup fitnah orang," ujarnya.

Hal itu turut mengundang kemarahan ibu Iman yang tampil mempertahankan maruah anak bongsunya itu. Jelasnya, Iman belum pernah keluar daerah melainkan sekali sahaja ketika pergi ke Balai Polis Dang Wangi di ibu kota untuk mengambil saman.

"Sampai masa utk kami protect her from cyberbully and fitnah. For everyone info, kami tinggal kat Bandat Tasik Puteri, and town paling dekat yang within 10km adalah AEON Rawang and kat situ semua ada, market, McD and also starbucks. Anak bongsu itu kalau nk makan, akan ke sana utk beli, take away and balik rumah.



"So far, dia tak pernah keluar daerah lagi, cuma that day ke Dang Wangi Police Station utk ambil saman. Please lah, cukup lah fitnah dia hadap selama ni, jangan ingat kami tak baca semua fitnah tu, tapi selama ni tak berbaloi untuk layan.

"Jangan ingat sebab nama dia orang kenal, boleh buat fitnah sesuka hati. Dia masih ada family. @imantroye @ainfatihax @haziekacak @adibhamdii," jelasnya.

Bagaimanapun, individu terbabit telah tampil membuat permohonan maaf terbuka terhadap keterlanjuran tulisannya.

"Saya bangga dengan budak lelaki ini, berani meminta maaf dan memperbetulkan situasi. Saya pun sama seperti awak, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kita sama-sama belajar," kata Iman.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: