Menerusi muat naik di Facebook, penyampai radio Feeya Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah telah mendedahkan dia sudah berkali-kali menerima kiriman gambar tak senonoh dan mesej yang merepek dari individu tidak dikenali itu.
"Oit x malu eh hantr gambar tak senonoh? Lepas tu jgn tanya soalan bodoh ni "hai awk boleh berkenalan? Berkenalan pakcik ko, ko ingat aku ada masa nk layan ke dm2 merepek mcm ni, skrg ni PKP sambung lagi ke x ni?" tulisnya.
Justeru, peminatnya memohon agar Cik Piah mengambil tindakan undang-undang dan melaporkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Untuk makluman, Cik Piah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nurashid Wahab pada 6 Mei 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, Adam Malique, 4, Nuh Aryyan, 3, dan Muhammad Zidan yng kini berusia empat bulan.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment