"Ada individu mesej dengan saya dan selalu cakap saya gemuk. Geram! Fasal body shaming ni dah banyak kali kena.. dulu kena kutuk sebab muka saya penuh jerawat yang teruk kesan daripada ubat. Mungkin orang di luar sana tak tahu yang saya sebelum ni pernah kena kanser kolon. Masa tu berat turun daripada 58 kilogram ke 40 kilogram.
"Doktor kata 50-50 untuk hidup, lepas pembedahan koma 24 jam dan duduk ICU tiga minggu," demikian kata pelakon Uchee Fukada yang terpanggil untuk berkongsi pengalamannya menerusi laman Instagram miliknya dimana dia sebelum ini pernah menderita penyakit kanser usus selepas sering menerima kritikan berkaitan bentuk fizikal.
Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah, 31, berkata, dia menghidap penyakit itu sekitar tahun 2016 sehingga berat badannya menyusut sehingga 40 kilogram.
Dalam entri yang dimuat naik, pelakon drama 'Takdir Yang Tertulis' ini dilihat meluahkan rasa syukur dan menghargai kehidupannya yang disifatkan sebagai peluang kedua selepas disahkan bebas daripada penyakit itu pada Februari 2018.
Klik untuk gambar besar
Katanya, dia juga diminta untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan penyakit itu kembali. Uchee juga menasihatkan orang ramai agar mengubah pemikiran dan berhenti mengkritik fizikal seseorang di laman sosial.
"Alhamdulillah pulih sepenuhnya, tapi sel tu ada lagi namun tak aktif. Doktor suruh jaga jangan bagi sel tu aktif kalau sakit balik kerana ia mungkin jadi lebih teruk.
"Masa kurus orang kata kurus sangat tapi apabila sudah sihat orang kata gemuk pula. Kelakar la manusia ni. Setiap orang melalui perkara yang kita sendiri tidak tahu, jadi janganlah kritik berkaitan saiz tubuh badan orang lain," ujarnya.
Tambah Uchee, apa yang dilalui sebelum ini membuatkan dia menjadi lebih bersyukur dan menghargai kesihatannya kini.
"Uchee kalau boleh nak lupakan fasal diri ni pernah sakit sebab nak hargai apa yang ada di sekeliling ni terutamanya keluarga, kawan-kawan dan kehidupan.
"Saya gembira ada mereka yang sentiasa support dan dikelilingi kawan-kawan yang betul-betul rapat... tapi bukan maksud saya tak berkawan dengan orang lain," akhirinya.
________________________
No comments:
Post a Comment