27 June 2021

CINCIN NIKAH DENGAN BEKAS SUAMI - NOURUL MAHU LELONG, NAK BUAT DERMA



"As usual sebelum nak berhijrah negara ni, Ahad adalah hari mengemas barang. Mana tinggai di malaysia dan mana nak bawak. Cincin legend ni kami tak perasan dok terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan kami.

"Kami tak pakai lagi dah semenjak 2007. Kami memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan.

"Sapa nak buat collection cincin ni, boleh contact kami. Harga bermula dari RM300. Siapa bet tinggi, dia dapat. Cincin dari Poh Kong. Beli tahun 1996. Sijil mana dah tak tau hahahaha. #charity," itulah tulis penyanyi Nourul Depp menerusi laman Instagram miliknya.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab mendedahkan yang dia mahu menjual sahaja cincin daripada pernikahan pertamanya yang telah berusia sekitar 25 tahun.

Klik untuk gambar besar



Ibu kepada empat cahaya mata itu memberitahu, daripada sekadar tersimpan dalam almari sejak tahun 2007, ada baiknya cincin pernikahan bersama bekas suaminya, Ajai itu dijual.

Hasil dari jualannya itu, kata Nourul, ia boleh disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan iaitu golongan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)..

Untuk makluman, pelantun lagu 'Kerana Terluka' itu mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007. Hasil perkahwinan pertama, Nourul dan Ajai dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah, 23.

Lima tahun selepas itu, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella, 2. Nourul dan keluarganya akan berpindah ke Bali, Indonesia dalam masa terdekat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: