02 June 2021

BILA JANNA NICK LOMPAT KEGEMBIRAAN KEKASIH HADIAHKAN VESPA: "SIMPAN DUIT UNTUK BELI RUMAH KITA"



Pelakon Dini Azan Schatzmann telah membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran buah hatinya, pelakon dan pengacara Janna Nick yang ke-26 pada 1 Jun.

Menerima hadiah sebuah motosikal jenis skuter Vespa draipada kekasihnya, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir meluahkan perasaan terharu biarpun tidak mengharapkan sebarang hadiah pada tahun ini.

Menurut pengacara program Melodi ini, dia sudah berpesan kepada teman lelakinya agar menyimpan wang untuk membeli rumah untuk mereka berdua selepas berkahwin.

"Saya sangat sukakannya. Tapi... saya dah beritahu awak jangan beli apa-apa hadiah tahun ini. Awak perlu simpan duit untuk beli rumah kita. Hadiah birthday paling mahal adalah awak, Dini Schatzmann. Terima kasih kerana selalu menjadikan saya yang paling gembira!

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih kerana sentiasa menyayangi saya. Saya janji akan bawa awak pergi jalan-jalan selepas PKP okey. Jadi terus pakai topi keledar. Sayang awak," kata Janna.

Menerusi video berdurasi tiga minit 35 saat yang dikongsikan di laman Instagram, pelakon telefilem 'Misteri Mona: Kuserumu Kembali' ini melompat kegembiraan apabila melihat hadiah tersebut.

Dini menerusi Instagram miliknya turut berkongsi momen sepanjang persiapan yang terpaksa dilakukan awal sehari disebabkan pelaksanaan 'total lockdown'.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Marry Me Senorita' ini ketika dihubungi media mengakui gembira kerana hadiah itu lebih istimewa dan berguna berbanding beg tangan. Memasuki usia baharu, Janna juga berharap lebih banyak pencapaian dalam karier dan sentiasa dikelilingi orang yang baik.



"Gembira juga sebab Dini beri hadiah yang functional... ada kegunaan la berbanding dengan beg tangan. Dah masuk 26 tahun ini harap ada lebih banyak pencapaian dalam karier seni.

"Sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik, JN Studios akan lebih kukuh dan berjaya. Doa saya, semoga Covid-19 akan berakhir dalam tahun ini juga," ujar Janna.

Rata-rata peminat pasangan ini turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir kepada Janna serta mendoakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Malah, segelintir netizen di ruang perkongsian itu juga menganggap Janna dan Dini sebagai pasangan paling romantis pada tahun ini. Untuk info, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: