09 June 2021

DIDAKWA POTONG BARISAN, GUNA 'KABEL' TERIMA SUNTIKAN VAKSIN - NABILA HUDA TAMPIL NAFI



Pelakon Nabila Huda menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini berkongsi foto dimana dia dan suami telah pun menerima suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) di Ideal Convention Centre Shah Alam, dua hari lalu.

Susulan suntikan vaksin tersebut, Nabila telah dituduh menggunakan 'kabel', orang dalam, mementingkan diri dan memotong barisan oleh segelintir netizen yang tidak berpuas hati.

Bukan itu saja, mereka turut mempersoalkan tindakan doktor membenarkan Nabila divaksin walaupun dia disahkan positif Covid-19 beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu.

Nabila bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan dia pergi mengikut tarikh ditetapkan sekali gus menafikan dakwaan memotong barisan mendapatkan vaksin selain doktor sudah mengetahui status kesihatannya.

"Ada yang mesej peribadi (DM) kata saya guna 'kabel' sebab golongan kayangan, pentingkan diri, hubungi orang dalam percepatkan vaksin dan pelbagai fitnah yang mengguriskan hati saya.

Klik untuk gambar besar



"Saya pergi ikut tarikh ditetapkan dan tak potong barisan pun. Saya beritahu jujur pada doktor status saya, kemudian dia minta saya terus ke bilik untuk ambil suntikan vaksin AZ.

"Saya memuat naik gambar sudah divaksin bukan niat nak menyakiti hati orang, tetapi nak kongsi kesedaran. Saya dapat vaksin sebulan selepas sembuh Covid-19 dan ia boleh bagi semangat pada anda yang mungkin tak perlu tunggu berbulan-bulan seperti dijadikan.

"Namun, lain pula yang jadi. Tak mengapa, saya maafkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengemaskini maklumat pada 31 Mei. Kepada mereka yang marah dengan saya semalam yang sampai sanggup cari semula perbualan di Twitter pada 25 Mei, macam mana boleh terlepas pandang maklumat dari KKM?" katanya.

Nabila berkata, adalah lebih baik dan sepatutnya netizen lebih peka dengan maklumat terkini yang disampaikan KKM. Tambah Nabila, ketika dia mendakwa mendapat jangkitan Covid-19 akibat kecuaian orang lain, dia turut dikecam kerana dikatakan menyalahkan orang lain.


"Saya berasakan mulai hari ini dan seterusnya, selain daripada kita sibuk cari semula dari atas sampai bawah di Instagram atau TikTok nak tengok perkembangan semasa kehidupan orang, ringankan tangan untuk tengok juga perkembangan terkini sebelum fitnah orang. Yang sudah dapat suntikan patut bersyukur saja bukan mempersoalkan.

"Ini ujian dari Allah. Kita kena reda sebab Allah dah pilih kita untuk kena. Sama juga dengan vaksin ini, semuanya sudah tertulis. Kita kena reda. Orang tu dah terpilih. Allah bagi rezeki kan?

"Yang mana kawan-kawan dan pengikut (followers) saya yang belum dapat vaksin atau masih menunggu tarikh, saya doakan anda akan dapat secepat mungkin. Bagi yang pernah positif Covid-19, tak perlu tunggu lama-lama. Berita baik untuk semua pejuang Covid-19. Tapi apa-apa pun, kena tanya doktor juga masa konsultasi tu," ujarnya.

Terdahulu, Nabila dalam satu hantaran di Instagram berkongsi maklumat daripada KKM mengenai Soalan-Soalan Lazim Tentang Vaksin Covid-19. Dalam poster itu, soalan nombor 7 berbunyi, saya pernah positif Covid-19, bolehkag saya nak cucuk vaksin?Jawapan kepada soalan itu adalah, ya, boleh. Anda boleh menerima vaksin dalam tempoh sebulan hingga enam bulan selepas anda positif Covid-19.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: