26 June 2021

DIDIE ALIAS 'BIDAS' INDIVIDU KAITKAN ISU KEBENARAN NIKAH DENGN SELEBRITI



Semua sedia maklum mengenai akad nikah yang akan dibenarkan di Selangor bermula 1 Julai. Namun begitu, seorang netizen telah mengaitkan artikel tersebut dengan golongan selebriti apabila mengatakan kebenaran akad nikah itu disebabkan ramai selebriti menetap di Selangor ingin berkahwin.

"Kan artis ramai duduk Selangor, depa (mereka) nak kahwin," tulis individu tersebut sebelum bertindak memadamkan komen yang ditinggalkan selepas menerima kecaman daripada netizen lain.

Komen individu berkenaan telah menerima perhatian pelakon dan pengacara Didie Alias yang tampil menegur tindakan netizen yang gemar mengaitkan golongan selebriti dengan isu semasa yang tidak mempunyai kaitan dengan anak seni.

Menurut pelakon berusia 49 tahun ini, dia tidak berasa marah dengan komen tersebut namun meminta agar netizen berhenti melibatkan nama selebriti dalam mana-mana isu tidak berkaitan.

"Malam tadi saya baca artikel itu dan tengok komen ada pula netizen yang kaitkan isu tersebut dengan selebriti. Kami pun manusia biasa... ada perasan juga. Kenapa semua benda nak kena libatkan artis?

Klik untuk gambar besar



"Saya bukan nak marah tapi sekadar nak beri pengingatan sahaja. Kita ini semua sama sahaja, tiada istilah kayangan... kalau pergi (meninggal dunia) pun pakai kain putih juga.

"Tak ada keistimewaan pun diberikan kepada artis. Saya faham dalam keadaan PKP ini, ramai yang tak tahu nak buat apa tapi mind your own business... kita hormat satu sama lain," kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali.

Tidak setuju dengan komen tersebut, pelakon filem 'Bulan dan Pria Terhebat' ini membalas semula dakwaan itu dengan mempersoalkan tindakan individu mengaitkan selebriti.

Tegas Didie, dia tidak kisah sekiranya individu tersebut mahu meninggalkan komen antara mereka namun berasa kurang senang apabila ia turut melibatkan anak-anak seni.


"Salam... kenapa mesti nak libatkan artis ya. Kalau nak komen antara anda saja la. Tak payah la libatkan anak-anak seni ya. Terima kasih," tulis Didie.

Sementara itu, pelakon drama siri 'Scammer' ini turut memberi pandangan mengenai seorang netizen meninggalkan komen menuduh pelakon dan penyampai radio Sinar FM iaitu Siti Elizad mandul.

"Zaman sekarang ini, saya lihat orang mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Baru-baru ini, saya ada baca mengenai Siti Elizad. Sampai ke tahap begitu orang tinggalkan komen.

"Tak kisah kalau akaun palsu ke tidak tapi mana adab bila bercakap... dah semakin teruk tinggalkan komen tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tulis ayat itu seperti tiada mak bapa," ujarnya.

Untuk makluman, Elizad membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghinanya kerana mempunyai masalah gangguan kesuburan pada Rabu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: