26 June 2021

MAJLIS AQIQAH YUNOS LAITH - LISA, YUSRY DIPUJI SAMBUT SECARA SEDERHANA, PATUH SOP



Baru-baru ini, pasangan Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim telah menganjurkan majlis aqiqah buat anak ketiga mereka, Yunos Laith.

Lisa menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi sebuah video pembungkusan makanan upacara aqiqah tersebut yang dilakukan secara sederhana untuk tatapan umum.

Apa yang menarik perhatian wargamaya, majlis berkenaan dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dimana penyembelihan dua ekor kambing serta semua makanan diagihkan dan dihantar pada golongan asnaf dan keluarga terdekat.

"Terima kasih @kedaikopikl tolong mempermudahkan utk kami supaya dapat laksanakan Upacara Aqiqah bg anak kami Yunos Laith Bin Yusry, dan membantu kami utk agihkan dgn servis penghantaran masakan Nasi Arab dari penyembelihan dua ekor kambing bg golongan asnaf dan keluarga terdekat. Alhamdulillah selesai. Thank you Sayang Daddy @yusryabdhalim," tulis Lisa pada ruangan kapsyen video tersebut.

Klik untuk gambar besar



Selain itu juga, Lisa turut berkongsi foto cukur rambut Yunos yang dilakukan sendiri olehnya dan Yusry: "Daddy dan Mummy cukur rambut Yunos tadi," tulis Lisa lagi.

Meninjau ke ruangan komen, majlis aqiqah anak Lisa dan Yusry ini menerima pujian ramai apabila ia dilakukan secara sederhana dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan serta foto cukur rambut juga hampir meraih 90,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Pada 15 Jun lalu, Lisa selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yunos Laith seberat 3.49 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar. Selain Yunos, Lisa dan Yusry yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 itu turut dikurniakan cahaya mata lain iaitu Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne, 4.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: