11 June 2021

ELIZABETH TAN TINGGALKAN WARNER MUSIC - SURAT DARIPADA PIHAK PEGUAM TELAH DIHANTAR



"Saya ingin berkongsi yang mana saya sudah meninggalkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia selepas tiga tahun bersama mereka. Sejujurnya, keputusan dibuat ini bukan sesuatu yang mudah. Tapi, saya perlu teruskan kerana ingin beralih ke fasa baru dalam hidup. Selepas ini saya mahu beri tumpuan pula kepada minat yang lain dan tidak tertumpu kepada muzik semata-mata.

"Dalam erti kata lain, saya mahu melangkah keluar dari zon selesa selama ini iaitu selepas tujuh tahun menjadi penyanyi," demikian kata penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan yang megumumkan kini telah mengundurkan diri daripada syarikat rakaman Warner Music Malaysia selepas tiga tahun.

Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi memberi ruang buat dirinya untuk terus fokus kepada kerjaya seni lainnya selepas ini. Elizabeth yang selesa disapa Lizzy itu turut memaklumkan, kontrak bersama syarikat rakaman tersebut telah tamat pada bulan Februari lalu. Bagaimanapun, bintang tersebut turut menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan hal berkaitan.

Klik untuk gambar besar



"Dari bulan Februari sehingga sekarang, berlaku sedikit kesukaran, ia masih lagi dalam proses dan keputusan ini saya buat untuk diri sendiri serta mahu keluar secara baik. Saya juga telah mengunakan khidmat peguam bagi untuk menyelesaikan perkara ini, jadi surat daripada pihak peguam telah dihantar kepada mereka beberapa bulan lalu.

"Namun, masalah ini masih berlarutan meski surat daripada pihak peguam telah dihantar," ujarnya menerusi satu sidang media yang dilangsungkan secara virtual, hari ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: