28 June 2021

ENGGAN TERIMA FOLLOWERS LAGI - RIZALMAN MAHU BERSUKA RIA DENGAN PENGIKUT SEDIA ADA



"Maaf ya ibu ibu bapa bapa anak anak sekalian, pengambilan followers baru di IG ini sudah tidak dilaksanakan sejak ditukar menjadi private tempoh hari. Kami mahu bersuka ria antara kami-kami saja di dalam keluarga @rizalman71," demikianlah kata Datuk Rizalman menerusi laman Instagram.

Pereka fesyen terkemuka tanah air itu memaklumkan beliau sudah tidak menerima lagi pengikut baru di akaun Instagram miliknya. Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas akaunnya ditukar kepada privasi.

Dalam pada itu, Rizalman berkata beliau tidak pentingkan kuantiti pengikut yang dimilikinya, namun sebaliknya mengutamakan kualiti.

Terdahulu, Rizalman dikecam teruk apabila didakwa tidak menghargai ikan salmon yang diberikan oleh peminatnya. Lebih menjadi bualan netizen apabila Datuk Rizalman memberikan ikan salmon tersebut kepada kucingnya, namun ditolak oleh haiwan peliharannya itu.

Kemudian, Rizalman bertindak memadam semua posting di akaun Instagram miliknya sehingga ia menjadi tanda tanya dikalangan netizen.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: