20 June 2021

HADIAH HARI BAPA YANG BERMAKNA - FIZZ FAIRUZ BAKAL TIMANG ANAK KEEMPAT



Isteri disahkan hamil anak keempat... itulah hadiah paling bermakna bagi pelakon Fizz Fairuz sempena Hari Bapa. Tiada berita lebih menggembirakan pada Hari Bapa apabila mendapat perkhabaran isterinya, pelakon Datin Almy Nadia mengandung.

"Almy membuat ujian kehamilan sebanyak dua kali menggunakan alat berbeza. Alhamdulillah, rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Isteri saya sudah 15 minggu hamil. Ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)... Macam-macam lagilah.

"Saya terima rezeki ini dengan lapang dada. Semoga segala-galanya dipermudahkan untuk isteri saya," kata Fizz yang turut berkongsi berita gembira itu melalui entri pada akaun Instagram (IG).

Memaparkan foto dua alat ujian kehamilan dan ucapan anak-anak, hantaran itu pantas menarik perhatian pengikut yang gembira dengan rezeki dikurniakan kepada pasangan itu.

Klik untuk gambar besar



Fizz memberitahu foto dua alat ujian kehamilan itu bukanlah bermakna mereka bakal dikurniakan anak kembar. Tambah Fizz, andai ada rezeki, dia teringin mendapat zuriat lelaki.

"Almy membuat ujian kehamilan sebanyak dua kali menggunakan alat berbeza. Alhamdulillah, rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Isteri saya sudah 15 minggu hamil. Ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)... Macam-macam lagilah.

"Saya terima rezeki ini dengan lapang dada. Semoga segala-galanya dipermudahkan untuk isteri saya. Namun, biar apa pun, semuanya ketentuan-Nya. Kalau boleh memanglah hendak anak lelaki sebab sekarang semuanya heroin. Tetapi biar apa pun jantinanya, kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: