20 June 2021

"HAPPY FATHER'S DAY... YOU WILL FOREVER BE NOAH'S HERO" - BCL



Semua sedia maklum mengenai Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 lalu, dipercayai akibat serangan jantung.

Sempena dengan sambutan Hari Bapa hari ini, selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL telah memuat naik video Allahyarham suami bergurau dengan anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair, selain turut menitipkan nukilan kata buat arwah.

Posting berkenaan nyata menerima perhatian ramai dan sehingga kini, video pendek itu sudah pun ditonton lebih dua juta kali.

Klik untuk gambar besar



"Happy Father's day. Terima kasih telah memberikan banyak sekali tawa dan kebahagiaan untuk Noah. Terima kasih telah mengajarkan Noah tentang kehidupan.

"Terima kasih telah mengajarkan Noah untuk mencintai dirinya, memaafkan dirinya sendiri bila salah, dan belajar dari kesalahan itu. Thank you for teaching him how to be a man.. U will forever be Noah's hero," tulisnya sebagai kapsyen.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: