21 June 2021

"BIAR BONDA YANG PERGI DULU" - ELYANA



Makin kurus... itulah perkembangan terkini penyanyi Elyana, semalam yang sedang menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari di sebuah hospital swasta di Selangor.

Semuanya gara-gara keadaannya yang berada di tahap lemah, jadi... rawatan tersebut telah disarankan oleh doktor yang merawatnya sebelum ini.

Apa yang membuat ramai peminat Elyana hiba ialah sempena Hari Bapa hari semalam, Elyana telah memuat naik sebuah posting ‘khas’ buat suaminya iaitu Khairul Hussin.



"Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda,Cinta and Cahaya sayang sangat dekat ayah. Kalau ayah tak ada, kita orang tak best. Mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero. Semua ayah boleh buat, kecuali pasang-pasang kabinet, katil dan apa sahaja yang ada skru tu memang ayah tak pandai. Nasib baik bonda power part tu. Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup dan tak best kalau tak ada awak," kongsinya.





Lebih menarik, suaminya juga seorang yang penyabar dan sentiasa menceriakan hari-harinya dan anak-anak. Sehingga satu tahap, Elyana berdoa agar Allah mengambil nyawanya terlebih dahulu berbanding suaminya.

Sumber/foto: Elyana

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: