26 June 2021

INI PERJELASAN CAPRICE BILA DPERSOAL KEPERLUANNYA KE GAZA



"Ramai yang bertanya mengenai misi saya di Gaza. Jadi, saya perjelaskan tujuan pertama saya ke sana untuk memberikan pertolongan kepada penduduk Palestin. Selain itu untuk bertemu dengan kenalan baharu dan membina jaringan yang lebih kukuh demi visi jangka panjang saya Road To Al Aqsa 2040.

"Saya juga mahu berjumpa dengan rakyat dan pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah sejak Covid-19," demikian perjelasan penyanyi rap Caprice, 32, apabila pemergiannya ke Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan dipersoal banyak pihak dan menimbulkan perasaan kurang senang netizen, ketika negara masih berjuang menentang penularan Covid-19 di sini.

Sebelum ini, segelintir netizen dilihat mempertikaikan tujuan dia ke sana ketika negara masih berjuang menentang penularan Covid-19 di sini.

Jelas, Caprice, keberadaan di sana bukan saja untuk membantu penduduk Palestin, tetapi juga bertemu pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah, Mesir.

Klik untuk gambar besar



Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, pelajar Malaysia itu adalah antara yang terkandas di negara itu sejak penularan Covid-19 lebih setahun lalu. Bagaimanapun, dia tidak dapat merakam semua aktivitnya di sana atas sebab keselamatan.

"Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik saja di sini. Saya tak boleh rakam semua pergerakan untuk misi tertentu demi keselamatan. Saya akan buat hantaran jika ada misi yang selesai. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi semangat. Saya sangat hargainya. Sayang dan semoga Allah memberkati Malaysia," katanya.

Terdahulu, penyanyi 'Kau Hade' ini berkongsi berita mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin dan berangkat ke sana pada malam Rabu lalu. Dia menganggap ia satu rezeki yang cukup tidak disangka.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: