Sebelum ini, ramai pihak meluahkan rasa terkejut selepas pelakon Janna Nick mendedahkan dirinya menghidap penyakit bipolar dan dia masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa.
Janna sekali menjadi perhatian netizen apabila pelakon drama 'Marry Me Senorita' itu dilihat ada memuat naik gambarnya memakai baju putih serta menampakkan sedikit bahagian perut.
Seperti sudah dijangka, rata-rata peminatnya memberi teguran mengenai gambar tersebut dimana pemakaian itu kurang sopan untuk tatapan umum serta meminta untuk memadam gambar berkenaan apatah lagi dimuat naik pada hari Jumaat.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan Janna semakin lama semakin seksi serta seolah sengaja memuat naik gambar berkenaan untuk meraih perhatian semata-mata.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment