05 June 2021

TAHNIAH - VIVY YUSOF KINI HAMIL ANAK KEEMPAT



"Maybe this one will look like you, @fadzaanuar. Say hello soon to Baby No. 4, everyone. #alhamdulillah," demikianlah tulis usahawan dan pengasas tudung dUCk Scarves, Datin Vivy Yusof yang mengumumkan berita gembira dimana dia kini hamil anak keempat.

Berkongsi berita gembira di laman Instagram, Vivy turut memuat naik gambar memaparkan alat ujian kehamilan serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat tersebut.

Menerusi satu lagi perkongsian, Vivy turut memuat naik video reaksi suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kehamilan tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Fadza's reaction to Baby No 4 SO. MANY. QUESTIONS. How, when, what, whose also. I gave it to him on his birthday and he thought I bought him a dUCk phone cover... #rememberwhenhesaidsarahisthelastbaby... #welloopssss," tulisnya lagi.

Perkongsian Vivy itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Untuk makluman, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: