Pelakon yang popular menerusi drama 'Sweet Dreams', Ben Amir mengakui sehingga kini dia masih belum berjumpa dengan wanita yang memiliki ciri-ciri idaman untuk dijadikan kekasih, meskipun usia sudah mencecah 31 tahun.
Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin memberitahu ciri-ciri wanita idamannya adalah seorang wanita yang boleh mengenepikan ego untuk hidup bersamanya.
"Saya nak cari perempuan yang boleh ketepikan ego, ketepikan pandangan sendiri atau yang boleh membuat saya mendengar nasihatnya, mungkin dialah wanita yang tepat itu. Tapi setakat ini saya tak jumpa siapa-siapa lagi, belum lagi," kongsinya.
Klik untuk gambar besar
Ditanya sama ada memilih wanita di kalangan selebriti atau orang biasa, Ben berkata dia hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir.
"Tak tahulah, tak terfikir pula. Senang cerita serahkan kepada takdir yang menentukan jodoh," kata Ben yang sebelum ini hangat digosipkan bercinta dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha apabila tersebar foto mereka sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama, Ben berkata mereka hanya berkawan sahaja.
________________________
No comments:
Post a Comment