"Naik menyampah pula semua iklan Malaysia ini memang kena ada Ayda Jebat ke?," itulah kata pengguna Twitter yang tidak berpuas hati melihat wajah penyanyi dan pelakon Ayda Jebat terpapar di kebanyakan iklan di Malaysia.
Ayda bagaimanapun tidak melatah atau melenting dengan komen itu kerana menganggap segala nikmat yang diperoleh adalah rezeki yang Tuhan anugerahkan.
"Rezeki saya, rezeki awak belum tahu lagi, mungkin lebih daripada saya. Awak je tak nampak. Relaks, kalau tak suka langkau je tau. Awak menyampah tapi orang lain dan klien (pelanggan) suka. Jangan toksik sangat," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi ciapan yang dimuat naik itu, rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan Ayda dan meminta penyanyi dan pelakon itu mengabaikan komen daripada 'haters' terbabit.
Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu yang kini berbadan dua dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada Oktober depan.
________________________
No comments:
Post a Comment