25 June 2021

"KALAU ASYIK TOLAK JODOH JADI ANDARTU PULA" - ELISYA SANDHA TAK KISAH KAHWIN MUDA



"Bagi saya kalau jodoh nak sampai, kenapa kita nak tunggu. Sebab kalau asyik tolak jodoh jadi andartu pula. Eventually, orang akan tetap cari pasangan hidup dan pasangan saya sampai awal. Jadi saya tak rasa off market pun," itulah kata pelakon Elisya Sandha yang tidak kisah jika berkahwin pada usia muda kerana dia yakin tidak off market.

Mengikat tali pertunangan dengan anak sulung kepada Jinggo dan Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, Elisya berkata, jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah dan selagi dia tidak putus untuk berusaha tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Dalam perkembangan lain, Elisya dan tunangnya kini sedang menjalankan perniagaan makanan lemang, rendang dan laksa. Ujarnya, mereka mengguna hasil pendapatan itu untuk mengumpul duit kahwin.

Klik untuk gambar besar



"Kami cuba cari cara untuk dapatkan pendapatan, jual lemang dan laksa untuk kumpul duit kahwin. Jadi itulah motif kenapa kami berniaga sepanjang MCO. Kami saling bantu sama lain dan alhamdulillah ini mungkin rezeki nak kahwin. Hari-hari order banyak dan kami sangat bersyukur," ujar pelakon berusia 22 tahun itu.

Adik kepada pelakon Fasha Sandha itu mengikat tali pertunangan dengan Uzair Haqimy pada Januari lalu dan dijangka akan mendirikan rumah tangga pada awal tahun depan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: