28 June 2021

MASJID DIJADIKAN PPV - ZUL YAHYA LUAH RASA TIDAK SETUJU



"Allah hu Akbar. Astafirrullah al azim. Aku pernah bermimpi masjid dipenuhi ular... wallahi demi Allah. Aku tak percaya pada mimpi, bagi aku mimpi ini hanya mainan tidur, kadang2 mungkin aku tak jaga adab tidur tapi mungkin ada maksud disebaliknya teramat pedih hati kami melihat rumah2 Allah SWT seperti ini," itulah tulis penceramah bebas yang juga bekas pelakon, Zul Yahya yang meluahkan rasa terkilan apabila masjid dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Perkara tersebut dikongsi Zul Yahya menerusi hantaran di laman Instagram (IG) miliknya pada malam Sabtu dan telah menerima hampir 6,000 tanda suka. Menerusi tinjauan, rata-rata pengikut Zul Yahya di IG bersetuju masjid tidak sesuai dijadikan PPV.

Apa yang menjadi pertikaian pengikut Zul Yahya ialah apabila orang ramai bebas keluar masuk tanpa mengambil kira adab di dalam masjid. Usaha kerajaan menjadikan masjid sebagai PPV menjadi perdebatan hangat sejak akhir-akhir ini sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Elwal Negara), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut ditomah.

Antara isu yang dijawab Dr Zulkifli ialah mengenai penerima vaksin membawa masuk selipar ke dalam masjid ketika proses suntikan. Dr Zulkifli bagaimanapun tenang menjawab tohmahan tersebut.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: