28 June 2021

TERSINGGUNG RAMBUT & PAKAIAN 'DISINDIR' PENDAKWAH - CAPRICE MOHON MAAF



"Saya terasa sikit ramai DM saya pada satu posting di mana seorang yang beragama sindir orang macam Caprice. Katanya dengan rambut dan pakaian macam saya, macam mana boleh sampai untuk membantu Palestin?" demikian luah penyanyi rap Caprice mengakui dirinya berasa tersinggung kerana 'disindir' tentang cara berpakaian dan gaya rambut yang bagi pendakwah tersebut tidak sesuai.

Untuk makluman, Caprice kini sedang berada di Gaza, Palestin untuk kerja-kerja amal dan kemanusiaan. Difahamkan juga Caprice kini sedang berada di Kaherah, Mesir dan sedang dalam misi kemanusiaan sebelum memasuki Gaza dan Palestin.

Meskipun teguran pendakwah tersebut tidak ditujukan secara langsung buat dirinya, Caprice menganggap tindakan serta 'sindiran' sedemikian rupa tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang 'kuat agama'.

Klik untuk gambar besar



Kata Caprice, ini bukan kali pertama dia melakukan kerja amal sedemikian rupa dan turut memohon maaf jika gaya pemakaian serta rambutnya tidak senonoh di mata pendakwah itu.

Perkara tersebut diluahkan Caprice menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya, baru-baru ini. Tambahnya lagi, umat Islam haruslah bersatu dan bukan berpecah-belah dengan isu remeh seperti itu.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: