25 June 2021

MISHA OMAR BERSYUKUR PELUANG DAPATKAN ANAK KEDUA ADALAH BESAR



Baru-baru ini, penyanyi Misha Omar telah melakukan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai dalam usaha mendapatkan zuriat. Berkongsi hasil keputusan ujian tersebut, Misha, 39, meluahkan rasa syukur apabila peluang untuk mendapatkan zuriat kedua adalah besar.

"It was a great session with Dr Azrai. I tak pernah balik dengan 'awan' yang banyak di kepala setiap kali berjumpa. Jadi terima kasih kerana menenangkan saya. Apa yang saya boleh cakap ialah saya bersyukur kerana peluang untuk mendapatkan baby agak besar di situ. Jadi the next one to have a test untuk suami saya pula, Jumaat depan. Doakan ya," katanya.

Penyanyi lagu 'Tanpa Rela' ini turut kelihatan sebak ketika menzahirkan ucapan terima kasihnya atas setiap doa positif yang diberikan peminat. Terdahulu, Misha menggunakan hashtag #menjejakkhadeja yang kini dalam usaha mendapatkan anak kedua.

Klik untuk gambar besar



"Saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih buat anda semua yang menghantar ucapan mendoakan saya. Masa riviu keputusan AMH pun saya nangis juga sebab saya bersyukur atas apa keadannya, saya bersyukur sangat. Jadi terima kasih kepada anda semua yang bersama-sama dengan saya dalam journey untuk menjejak Khadeja," ucap Misha menerusi Insta Stories.

Bintang berusia 39 tahun itu sudah memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dengan melakukan prosedur pertama iaitu ujian (AMH). Langkah itu dibuat bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan sesuai.

Untuk makluman, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki, Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia 15 tahun. Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: