25 June 2021

SUDAH TERIMA VAKSIN - ZIZI KIRANA MOHON DOAKANNYA TERUS BERTUDUNG



Penyanyi Zizi Kirana menerusi laman Instagram milknya sejak akhir-akhir ini sering memuat naik dirinya mengenakan tudung. Ketika ini, ramai dalam kalangan netizen sudah mulai memperkatakan mengenai imej baharu Ziziz itu.

Penampilan bertudung Zizi yang popular menerusi lagu 'Eh!' itu disambut baik dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan keluarga, peminat dan rakan-rakan.

Menurut Zizi ketika dihubungi, apa yang baik daripada dirinya sentiasa mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada mereka. Zizi, 36, berkata, dia tidak mahu terlalu bercakap mengenai penampilan itu.

"Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini (bertudung). Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya. Bagi saya, doa adalah senjata paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap," katanya.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, apabila penampilan bertudung yang sekarang ini mendapat respons positif selain mereka mendoakan saya. Insya-Allah, doakan terbaik untuk saya. Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan.

"Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan. Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat," ujarnya.

Sementara itu, Zizi menerusi Instagram telah memaklumkan dia sudah pun menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca baru-baru ini: "Alhamdulillah, 1st Dose Done! Kesayangan Sia Pun Kena Pegi Vaksin Juga Okay! #AstraZeneca.

"Terima Kasih Dr. Shakira, Dr. Rubini Dan Semua Staff Yang Membantu Saya Sepanjang Proses Suntikan Vaksin Pertama Saya Iaitu Astra Zeneca, Layanan Yang Sangat Baik Dari MyVac @kbsmalaysia IDCC.Rasa Macam Geng Je Semua, Siap Nyanyi. Semoga Allah Membalas Jasa Dan Kebaikan Kamu Dan Kepada Semua Kesayangan Sia Diluar Sana Jangan Lupa Suntik Vaksin Okay! #Vaksin #Covid_19," tulis Zizi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: