29 June 2021

POSITIF DADAH - SELEBRITI WANITA DITAHAN



"Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine," demikian kata Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, dalam kenyataan di sini hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, seorang selebriti wanita telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Superintendan Mohd Fazley berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

Katanya, suspek diberi jaminan polis setelah selesai memberi keterangan. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: