07 June 2021

SHARIFAH SAKINAH JUMPA DOKTOR PERIKSA ADHD



"Dalam situasi saya, hampir tiga minggu saya perlu menjalani sesi temu duga. Sampai mereka telefon keluarga saya. Saya turut melakukan beberapa ujian yang lain. Pemeriksaan ini tidak semudah menjawab soalan di dalam talian bagi mengenalpasti simptom dan tanda-tanda seseorang itu menghidap ADHD mahupun bipolar.

"Dunia ini tak akan faham mengenai diri kita. Siap boleh kena label sebagai mengada dan over. Tapi di penghujungnya, kita sendiri yang kena jadi baik buat diri sendiri termasuk menerima keadaan diri sendiri," demikian tulis pelakon, Sharifah Sakinah, yang menghidap disleksia tahap sederhana dan memiliki ciri-ciri hiperaktif ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD).

Untuk info, ADHD merupakan gangguan yang ditandai dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan kurangnya perhatian.

Klik untuk gambar besar



Terkini, Sakinah mengakui sudah menjalani beberapa sesi rawatan bagi memulihkan keadannya semula. Sepanjang sesi rawatan, Sakinah turut memberi kesedaran dan berkongsi pengalamannya kepada masyarakat.

Dia dipercayai menerima rawatan di Sweden selepas mengikut teman lelakinya iaitu Michael Hansen pulang ke negara tersebut.

Harapan kita, moga Sharifah Sakinah tabah dalam menjalani ujian tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: