07 June 2021

"ARRIVED WITH LOVE IN POLAND..." - ARIFF AZIZ DIPERSOAL 'KE LUAR NEGARA KETIKA LOCKDOWN', 'DAH BERKAHWIN?'



Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, bekas suami kepada penerbit drama terkenal Datuk A. Aida iaitu pelakon Ariff Aziz ada memuat naik foto memaparkan dirinya bersama seorang wanita telah selamat tiba di negara Poland, baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, Ariff dan juga wanita itu kelihatan mesra bergambar di sebuah lapangan terbang yang difahamkan berlokasi di negara itu: "Arrived with love in Poland, weather is nice..," tulis Ariff di bahagian kapsyen foto tersebut.

Perkongsian Ariff itu ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi yang rata-ratanya mempersoalkan bagaimana pelakon drama 'Raisha' itu boleh berada di luar negara sedangkan Malaysia masih lagi berada dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP - Lockdown).

Klik untuk gambar besar



Namun ada juga yang mencetuskan persoalan adakah Ariff sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut sehingga membolehkannya merentas negara: "Ariff Aziz dah makan nasi minyak ye? Tahniah..," tanya seorang pengguna warga maya.

Untuk pengetahuan, Ariff Aziz pernah berkahwin dengan A. Aida namun bercerai selepas setahun mendirikan rumah tangga.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: