"Ini semuanya kesan Covid-19. Tapi saya reda sajalah. Saya kena buat rawatan bahu sebab ada masalah 'acromioclavicular joint injury shoulder and elbow'. Sebelum ni kena scapula. Selepas itu kena pula 'acromioclavicular joint'.
"Dr Rahmani tanya pernah cedera atau pun hentakan sebelum ini sehingga sakit waktu itu. Saya jawab tiada sebab sakitnya datang tiba-tiba saja masa kena Covid-19 waktu kuarantin.
"Dia kata ada dua sebab perkara ini terjadi, pertama hentakan yang kuat atau pun disebabkan virus. Kesannya otot kawasan tu mengecut. Tapi AC joint tu sebagai kesan sampingan saja.
Klik untuk gambar besar
"Masalah utama adalah otot kecut selepas jangkitan virus menyebabkan sendi jadi lapse," kata pelakon Ashraf Muslim yang terpaksa menanggung kesakitan akibat kesan daripada Covid-19 selepas sebelum ini pernah dijangkiti virus tersebut.
Berkongsi peekara tersebut di laman Instagram, Ashraf berkata, dia mengalami kecederaan 'acromioclavicular joint' di bahu dan sikunya sehingga perlu mendapatkan rawatan lanjut. Tambahbya lagi, Covid-19 memberi kesan pada tubuh badan meskipun sudah pulih dan bebas daripada virus berkenaan.
"Jadi memang jelas kena Covid-19 sebab virus ini masuk dalam darah dan benda ini buat kerjalah. Apa yang saya perasan, memang saya seorang yang aktif bersukan seperti rugbi, hoki, bola keranjang dan kecederaan itu perkara biasa.
"Tapi apabila sudah tua mungkin ada bahagian dalam tubuh badan kita pernah cedera jadi virus ini senang buat kerja di kawasan itu. Tidak mengapa kita reda dengan apa yang Allah berikan ini sebab Allah nak kita ingat pada Dia selalu," katanya.
Terdahulu Ashraf menjadi individu kesembilan yang disahkan mendapat jangkitan wabak Covid-19 selepas pulang dari menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac tahun lalu. Sejak disahkan positif wabak berkenaan 12 April tahun lalu, Ashraf menjalani tempoh kuarantin selama 25 hari di Hospital Sungai Buloh.
________________________
No comments:
Post a Comment