07 June 2021

SELAMAT NIKAH 'ONLINE' - PELAKON AIDIT NOH KINI SUAMI HANANI



Pada Sabtu, pelakon Aidit Noh telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya yang dikenali sebagai Hanani secara atas talian. Difahamkan, Aidit berada di Kuala Lumpur, manakala isterinya pula di Kuala Terengganu.

Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram, bintang ini turut berkongsikan beberapa momen indah mereka berdua, selain suasana ketika diijab kabul.

"Mudah mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal(yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan". Doakan semoga saya dan bidadari dunia ini kekal sehingga ke hari tua bahkan sehingga ke syurga," tulisnya sambil disusuli kredit.

Untuk makluman, Aidit baru sahaja muncul dengan filem 'Seandainya Kau Ada' yang ditayangkan di Astro First.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: