07 June 2021

DITAHAN POLIS - BEKAS SUAMI ZARINA ANJOULIE BEBAS DENGAN JAMINAN



"Pelakon itu mendakwa terima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.

"Sehubungan itu pada semalam (Ahad), suspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," kata Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berhubung kes bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada Ahad.

Eilyas Azhar 20, ditahan susulan laporan polis dibuat oleh Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, pada Sabtu.



Tambah Mohd Fazley, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.

"Inilah apa yang aku kena harungi. Dengan Yas (Eilyas), semuanya duit. Sebab itu, aku saja tawarkan nak pancing dia.

"Tapi, masa dia nak ceraikan aku bukan main letak dalam Instagram Story. Semua ini aku dah bagi kepada polis dan peguam," tulis Zarina Anjoulie, pada Ahad yang memuat naik di Instagram beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan, sekali gus lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.

Dia juga turut berkongsi laporan polis yang dibuat mengenai tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.

Untuk makluman, sebelum bercerai, mereka mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban.

Ketika itu, Zarina sudah empat tahun bergelar ibu tunggal selepas bercerai pada Disember 2016.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: