07 June 2021

ANRIAN RIFQY - TAJUL DEDAH NAMA & WAJAH ANAK KEDUANYA



"Assalamualaikum semua. Kenalkan anak kedua saya dan isteri, Adrian Riqfy. Genap sebulan hari ini, 6 Mei – 6 Jun.

"Masa lahir, berat 3 kilogram (kg). Sekarang dah lebih 4 kg. Doakan semoga Adrian Rifqy menjadi anak yang soleh. Jadi anak yang baik ya abang, jaga kakak Carissa," kongsi penyanyi Tajul Ariff, di Instagramnya selepas sebulan (6 Mei), anak keduanya itu selamat dilahirkan.


Penyanyi itu juga turut memuat naik dua keping gambar bayi lelakinya yang diberi nama Adrian Rifqy.

Untuk info, Tajul menimang anak kedua selepas isterinya Nurul Shamieza Eddie, melahirkan bayi itu secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Mereka yang mendirikan rumah tangga pada 2017 sebelumnya telah dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carissa yang kini berusia setahun.







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: