06 June 2021

DAKWA DIPUKUL, DICEKIK BEKAS SUAMI - ZARINA ANJOULIE NEKAD NAK SAMAN?



Nampaknya kemelut rumah tangga pelakon Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Eilyas Azhar masih berpanjangan, meskipun sudah sebulan bercerai kali kedua.

Ini kerana terbaru, Zarina ada memuat naik kenyataan mendakwa dipukul dan dicekik bekas suaminya itu selepas mereka kembali rujuk. Zarina mendakwa perkara itu terjadi di rumah keluarganya di hadapan adiknya, pembantu rumah serta anaknya.

Zarina berkata dia juga sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu. Dakwa Zarina dia dipukul kerana mahu memeriksa teleon suaminya ketika itu. Kata Zarina lagi, dia mempunyai segala bukti dan laporan polis kejadian tersebut.

Menerusi satu lagi perkongsian terbaru, Zarina memuat naik beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan di mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan, sekali gus lelaki itu meletakkan harga bayaran RM10,000. Dakwa Zarina, apa sahaja melibatkan suaminya semuanya memerlukan duit.

Klik untuk gambar besar



"Inilah apa yang aku kena harungi. Dengan Yas (Eilyas), semuanya duit. Sebab itu, aku saja tawarkan nak pancing. Tapi, mulut cakap 'aku tak hadap duit Anju'. Tapi, masa dia nak ceraikan aku bukan main 'post' di Instagram Story. Semua ini aku dah bagi kepada polis dan peguam," tulisnya.

Disebabkan itu Zarina berkata dia cuba untuk 'memancing' lelaki itu untuk melafazkan cerai tempoh hari dengan menawarkan wang untuk melepaskannya sebagai isteri.

Dalam satu lagi entri, Zarina ada memuat naik laporan polis mendakwa sering diaibkan bekas suaminya itu malah lelaki itu pernah memanjat rumahnya untuk merakam gambarnya dalam keadaan aib serta mengugut menyebarkan gambar tersebut.



Manakala menerusi Instagram Story pula, Zarina memuat naik entri menunjukkan dirinya baru sahaja keluar dari balai polis selepas membuat laporan. Di platform media sosial itu juga, Zarina menjelaskan bahawa dia akan teruskan dengan saman terhadap bekas suaminya itu.

"Tak apa, aku teruskan dan 'report' pun dah buat. Selesai dah di balai polis, selesai buat laporan. Tunggu, aku nak teruskan dengan saman. Kadang-kadang manusia, kita bagi muka, dia campak tahi. Tak apalah. Kadang-kadang, kita bila diam bukan kerana kita takut. Aku nak 'move on'. Tunggu dan lihat," katanya lagi.

Tambah Zarina, dia juga menegaskan bahawa dia membuat laporan polis itu bukan kerana takut kepada Eilyas, sebaliknya mengenangkan bekas ibu dan bapa mentuanya.



"Bukan aku takut dengan kau atau ugutan kau. Aku dah nak lupakan, sebab aku mengenangkan mak bapak kau. Tapi, sebab kau hantar makcik gemuk itu nak ugut aku, tak apalah. Aku teruskan," ujarnya.

Sementara itu, tinjauan ke akaun Instagram Eilyas pula, mendapati dia nampaknya menerima apa juga tindakan bekas isterinya itu dengan tenang.

"Tak apa, negara ada undang-undang. Jadi, teruskan sajalah dengan undang-undang, okay. Tak perlu nak jelaskan, canang panjang lebar benda tak betul di media sosial.

"Aku gembira kalau cerita dongeng ini dibawa ke jalan yang betul. Guna jalan, saluran yang betul, okay? Aku tak ada masa nak bergaduh di media sosial," tulis Eilyas di Instagram Story.



Dalam satu hantaran lain, Eilyas berkata dia sebenarnya diugut oleh Zarina: "Siapa yang ugut siapa entah. Pada hal, aku yang kena ugut nak disebarkan gambar aku mandi," katanya.

Untuk makluman, Zarina berkahwin dengan Elyas di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Zarina kemudiannya mengesahkan dia Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas telah sah bercerai buat kali kedua selepas rujuk selama dua bulan.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: