06 June 2021

BERI IKAN SALMON IMPORT PEMBERIAN PEMINAT DEKAT KUCING - RIZALMAN TERIMA KECAMAN, DIDAKWA TAK HARGAI



Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Rizalman Ibrahim telah menolak mentah-mentah pemberian peminat berupa ikan salmon kepada dirinya dan tindakan itu mencuri perhatian netizen.

Ujar Rizalman, dia memang tidak menggemari ikan salmon dan tidak mengetahui bagaimana untuk menjadikannya sebagai sebuah hidangan. Malah, pemberian peminat itu turut diberikan kepada kucing belaannya seperti didakwa Rizalman menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya.

"Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni, tak payah..Salmon? Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon, tak reti nak makan. Ikan curut cheq tahu. Tak apalah, Faizul dan Umar suka kut," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Rizalman turut memesan agar peminat tidak menghantar sebarang barang basah sebagai hadiah dan sempat menyunting biodata Instagramnya yang memaklumkan bahawa dia tidak makan makanan berupa kambing, ikan keli, roti gardenia bakar, bakso dan juga ikan salmon.

Perkongsian pereka fesyen itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap Rizalman tidak menghormati makanan yang diberikan peminat. Namun, ada juga yang memahami citarasa Rizalman yang tidak menggemari ikan import tersebut.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: