06 June 2021

MASALAH BIPOLAR - JANNA NICK SEDAR ALAMINYA SELEPAS SOLAT TAK KHUSYUK, ADA SUARA KUAT DALAM KEPALA



Mengejutkan ramai apabila mendedahkan mempunyai masalah mental atau kecelaruan bipolar, pelakon dan pengacara Janna Nick memaklumkan bahawa dia mula menyedari bahawa dirinya menghidap penyakit tersebut semenjak tidak dapat khusyuk ketika menunaikan solat lima waktu.

Ujar Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 26, dia mengalami gangguan seperti mendengar 'suara' dalam kepala yang sangat kuat ketika mendirikan solat.

"Solat pun susah khusyuk dan fokus sebab ada suara yang sangat kuat dalam kepala saya. Saya jadi tidak fokus sehingga saya tidak lagi mampu untuk tanganinya. Bila saya sudah tidak boleh kawal keadaan, itu yang menyebabkan saya berjumpa dengan doktor dan saya disahkan menghidap bipolar," katanya.

Dalam pada itu, Janna berkata masalah bipolar yang dialaminya bertambah teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila terpaksa menangguhkan kerja sehingga menjadi banyak.

Klik untuk gambar besar



Kata Janna lagi, dia masih dalam proses untuk mencari ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah bipolar yang dialaminya dan sudah empat kali menukar ubat.

"Sampai satu tahap sehingga saya tidak ada masa rehat untuk diri sendiri dan menjadi terlalu penat. Sudah empat kali saya tukar ubat. Kerja saya sebagai pelakon memerlukan saya bermain dengan emosi yang sangat maksimum.

"Kalau sedih kena betul-betul sedih. Kalau marah saya kena jadi seorang pemarah. Tapi kalau saya ambil ubat, saya akan jadi tenang," ujar Janna yang masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: