Bagi yang mengikuti laman Instagram penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai tahu anak sulungnya, Siti Aafiyah dijaga oleh seorang pengasuh dikenali sebagai Dayah Zubit.
Baru-baru ini, Dayah dikhabarkan telah selamat bernikah dengan jejaka hati pilihannya yang juga pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.
Pasangan itu selamat bernikah tengah hari semalam di sebuah dewan di Sungai Petani, Kedah. Majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Namun, majlis serba sederhana itu disiarkan secara siaran langsung menerusi Instagram untuk tontonan kenalan dan pengikutnya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Dayah berkongsikan momen membuat panggilan video bersama Aafiyah sebelum bergelar isteri dan akui sedih Aafiyah tidak dapat hadir meraikan hari bahagianya itu.
Lebih bermakna, Dayah memberitahu Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menaja busana pengantin hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru. Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
________________________
No comments:
Post a Comment