01 June 2021

MOHON MAAF ISU KOMEN "UGA UGA" - ZYNAKAL AKUI TIADA NIAT PERSENDA BUDAYA SARAWAK



"Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya warga Sarawak yang terasa dengan komen saya. Disini saya ingin menjelaskan tentang komen tersebut, saya tiada niat untuk persenda budaya orang Sarawak, niat saya hanya mempersendakan Yonnyboii sahaja. Saya harap maaf saya diterima oleh anda semua. Saya juga harap benda ini tidak akan berulang lagi, kamek sayang kitak.

"Tiada niat langsung untuk mempersendakan pakaian atau adat warga sarawak, maaf jika komen saya menyakiti hati kalian dan maafkan saya🙏🏻❤️ all love all peace," demikian kata penyanyi Zynakal yang tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram miliknya semalam, selepas dikecam teruk susulan tindakannya didakwa memerli budaya Sarawak.

Melihat pada perkongsian tersebut, Zyanakal berkata dia tiada niat untuk mempersendakan budaya dan adat Sarawak, sebaliknya hanya bergurau dengan rakannya, penyanyi Yonnyboii.

Klik untuk gambar besar



Tambah Zynakal lagi, dia memohon maaf seandainya gurauannya itu menyakitkan hati mana-mana pihak serta berharap permohonan maafnya itu dterima semua warga Sarawak.

Terdahulu, Zynakal ada meninggal komen "Uga-uga" di perkongsian Yonnyboii yang seakan-akan menyamakan budaya Sarawak seperti orang zaman batu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: