31 May 2021

IBU NEELOFA DIPANGGIL POLIS UNTUK BERI KETERANGAN



"Saya dimaklumkan wanita itu membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan percakapannya sudah direkod oleh polis di kontinjen berkenaan. Namun, kes itu kini diserahkan kepada polis Selangor dan sebab itu, wanita berkenaan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Kita juga akan memanggil individu lain termasuk kakitangan wanita yang dikatakan mempunyai akses membuka laman Instagram milik ibu selebriti itu dan membuat hantaran berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor iaitu Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Perkongsian ibu selebriti popular Noor Neelofa, Datin Noor Kartini yang dipercayai mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sejak semalam hangat diperkatakan.

Terbaru, Polis Selangor akan memanggil Noor Kartini untuk memberi keterangan berhubung hantaran tersebut. Polis juga akan memanggil pekerja wanita yang dikatakan mempunyai akses Instagram ibu selebriti itu.

Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal memaklumkan kes itu sebelum ini disiasat polis Kuala Lumpur, namun ia diserahkan kepada pihaknya kerana insiden berlaku di Selangor.

Terdahulu, Noor Kartini tampil menjelaskan situasi sebenar ianya merupakan kecuaian salah seorang pekerja yang menguruskan media sosialnya itu.

Malah, wanita bernama Zulshafiqah Zulkafli itu turut memohon maaf serta mengakui tersilap memuat naik perkongsian berkenaan dan menjelaskan penulisan itu bukanlah ditulis olehnya mahupun Noor Kartini tapi diambil daripada sumber lain sebagai rujukan sahaja.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: