31 May 2021

"SUDAH TUA, BUKAN BUDAK-BUDAK LAGI" - MOZYLIR MINTA NASIR BERCAKAP BENAR, TIDAK SEMBUNYIKAN



"Nasir tahu setiap perancangan yang akan kami buat berhubung perniagaan ini sejak tahun lepas lagi. Saya kerap bertemu dengan dia di Johor Bahru memandangkan lokasi kami dekat dan ia memudahkan urusan perbincangan. Malah saya juga telah memberikan draf untuk dia lihat cuma tidak bertanda tangan sahaja.

"Kami juga saling berkongsi idea untuk merealisasikan projek ini. Jadi, secara dasarnya, dia menyatakan persetujuan dan sangat menyokong usaha saya serta Din ini. Apabila dia kata tidak tahu, saya agak kecewa dan terkejut. Menerusi apa yang berlaku sekarang, saya rasa Nasir kena jelaskan perkara yang betul.

"Cakap yang benar jangan cakap bohong. Malulah, kita sudah tua, bukan budak-budak lagi," kata pemilik dan pengurus Home of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin yang meminta Nasir untuk bercakap benar selain tidak menyembunyikan perkara sebenar berhubung keizinan menggunakan nama Search untuk tujuan jualan aksesori dan produk di bawah kendalian HOC.

Konflik terus berlarutan apabila anggota kumpulan Search di antara adik-beradik Nordin dan Kid bersama bekas vokalisnya, Amy serta pemain bass, Nasir Daud wujud perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Pemilik dan pengurus Home of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin meminta Nasir untuk bercakap benar selain tidak menyembunyikan perkara sebenar berhubung keizinan menggunakan nama Search untuk tujuan jualan aksesori dan produk di bawah kendalian HOC.

Menurut Mozylir, dakwaan yang diberikan Nasir dan Amy sebagai tidak benar memandangkan keizinan tersebut sudah dipersetujui oleh semua anggota Search melibatkan dirinya, Hamzah Mohd Taib (Kid) termasuk Nasir sendiri. Mozylir menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi satu sidang media yang diadakan secara virtual pada Jumaat.

Klik untuk gambar besar



"Nasir tahu setiap perancangan yang akan kami buat berhubung perniagaan ini sejak tahun lepas lagi. Saya kerap bertemu dengan dia di Johor Bahru memandangkan lokasi kami dekat dan ia memudahkan urusan perbincangan. Malah saya juga telah memberikan draf untuk dia lihat cuma tidak bertanda tangan sahaja. Kami juga saling berkongsi idea untuk merealisasikan projek ini.

"Jadi, secara dasarnya, dia menyatakan persetujuan dan sangat menyokong usaha saya serta Din ini. Apabila dia kata tidak tahu, saya agak kecewa dan terkejut. Menerusi apa yang berlaku sekarang, saya rasa Nasir kena jelaskan perkara yang betul. Cakap yang benar jangan cakap bohong. Malulah, kita sudah tua, bukan budak-budak lagi," katanya.

Ia bagi memberi penjelasan terhadap dakwaan dan amaran Amy serta Nasir sebelum ini berhubung tindakan menggunakan nama kumpulan Search untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran. Sebelum ini, Amy dan Nasir mendakwa Mozylir telah menggunakan nama 'fenomenasearch' melalui laman web serta menggunakan alamat emel yang memakai nama domain fenomenasearch.com bagi tujuan tersebut.

Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search – Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit. Sementara itu, Mozylir menambah, pihaknya termasuk Din telah cuba untuk menghubungi kedua-dua mereka namun gagal untuk dihubungi.

"Sebelum ini, saya cuba beberapa kali hubungi Amy tapi gagal. Saya ada bukti yang saya hubungi dia tapi tak ada respon sama ada menerusi panggilan telefon mahupun aplikasi Whatsapp. Malah, saya dengan Nasir pun selalu berhubung sebelum isu ini timbul," katanya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: