24 June 2021

TERBANG KE GAZA - CAPRICE MINTA MAAF, MOHON HALALKAN MAKAN MINUM



Penyanyi rap Caprice menerusi laman Instagram, memberitahu dia mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin pada malam Rabu. Caprice menyifatkan ia sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dalam entri tersebut, Caprice turut berkata, dia terbang ke negara bergolak itu bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan dan meminta orang ramai mendoakan semuanya berjalan lancar.

"Tolong doakan saya Malaysia. Last minute saya dapat kebenaran untuk masuk ke Gaza. Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni. Forgive me for any mistake. Halalkan makan minum," tulisnya.

Dalam pada itu, dia juga berjanji untuk mengharumkan nama negara dan rakyat Malaysia: "InsyaAllah one day ill make you proud. Demi ummah, rakyat, negara. #rapatkansaf2040," katanya.

Klik untuk gambar besar



Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan selebriti sama-sama mendoakan agar urusan Caprice dipermudahkan.

"Bertuahnya semoga dipermudahkan perjalanan dan misi bermakna," tulis Fedtri Yahya. - "Masha Allah, kamu memang seorang yang bertuah. Semoga perjalanan kamu selamat. Buat kami bangga” ujar Catriona Ross.

Untuk makluman, Caprice antara selebriti yang lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Gaza. Malah, dia pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak berdebat dengan dua influencer Israel berkaitan dengan isu semasa itu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: