11 June 2021

TERTEKAN, TERGANGGU DEK ISU 'SALAH PARKING' - NEETA MAHU BEREHAT DARIPADA MEDIA SOSIAL



Penyanyi dan pengacara Neeta Manis bersama syarikat rakamannya, Nar Records Sdn. Bhd. sebelum ini tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media itu selepas video 'salah parking' di TikTok tular baru-baru ini yang dikatakan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Menerima pelbagai kecaman dan cacian dek video tersebut membuatkan Neeta kini berada dalam keadaan tertekan sehingga membuat keputusan untuk berehat daripada sosial media.

Neeta yang juga vokalis kumpulan Iamneeta menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat memberitahu dia akan berhenti menggunakan laman sosial buat sementara waktu.

Klik untuk gambar besar



"Saya akan berhenti menggunakan media sosial buat sementara waktu. Terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan mesej baik yang diberikan. Ia sangat bermakna buat saya. See ya soon geng," tulisnya.

Ketua Bahagian Pemasaran NAR Records, Becky Zulkepli, berkata, emosi penyanyi lagu 'Hanya mimpi' itu kini terganggu berikutan apa yang berlaku itu turut melibatkan maruah keluarganya.



"Saya mohon maaf bagi pihak Neeta... buat masa sekarang dia tidak dapat nak beri sebarang kenyataan. Sejujurnya, dia agak tertekan dengan isu yang berlaku. Emosi juga terganggu disebabkan isu itu. Apa yang jadi turut melibatkan maruah dia serta keluarga. Dia seorang anak yang sangat sayangkan ibu bapanya sebab dia pun anak tunggal.

"Isu itu sedikit sebanyak menggores hati ibu bapanya. Keputusan dia untuk berehat daripada laman sosial pun sebab nak tenangkan diri. Banyak kecaman dan cacian terlalu melampau daripada netizen menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat daripada laman sosial," katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok memuat naik rakaman video memaparkan Neeta sedang membetulkan baju di bahagaian dada pada program All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada Ahad lalu. Video dengan keterangan bertulis 'salah parking' itu menjadi tular di aplikasi berkenaan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: