09 June 2021

TIADA SESALAN - KILAFAIRY AKUI KIAN BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN UNTUK DALAMI ILMU AGAMA



"Saya sedang beruaha menjaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya untuk dalami ilmu agama itu orang kata lebih bersemangat dan lebih tertarik untuk ikuti. Sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.

"Malah ada kawan lain yang umpamakan agama ini sama seperti telefon. Kalau kita tak cas, akan habis bateri. Jadi kita kena terus belajar. Kalau tidak memang ia akan terbantut di situ," itulah kata pelakon dan penyanyi Kilafairy yang mengakui dia kini lebih tertarik untuk mengetahui apa sahaja mengenai ilmu agama, sejak mengambil keputusan mengenakan hijab tahun lalu.

Kilafairy atau mesra disapa Kila berkata, penghijrahan yang dilakukan membuatkan dirinya sentiasa mahu berubah ke jalan kebaikan dan menjaga ibadah sebaiknya. Menurut Kila, dia mengakui bersyukur apabila keputusan yang dibuat mendapat sokongan daripada ahli keluarga untuk menjadi insan yang lebih baik.

Bagi bintang berusia 29 tahun itu, dia tidak pernah menyesal di atas perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini. Malah, Kila menyifatkan sejarah lama mendorongnya untuk memperbaiki diri, dan jangan pernah berhenti unrtuk menjadi individu yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar



"Saya cuba untuk 'tanamkan' setiap cerita di masa lalu. Kalau nak kata sama ada saya menyesal atau tidak. sebenarnya kalaulah saya ada peluang untuk pakai tudung lebih awal, saya akan pakai. Namun jalan hidup saya seperti ini.

"Saya tidak menyesal atas apa yang berlaku. Kalau saya tidak laluinya, saya tidak akan jadi seperti hari ini. Saya rasa, pengalaman itulah yang membentuk saya untuk ke sini hari ini. Saya bersyukur, dengan pengalaman yang lepas," ujarnya.

Kila berkongsi pengalaman indahnya itu menerusi program YouTube, No Turning Back dari Hijabista, baru-baru ini. Rata-rata memberikan maklum balas yang positif dan mendoakan selebriti itu terus istiqamah dan wanita solehah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: