10 June 2021

INSTAGRAM DILABEL 'SAMPAH', SERING PROMOSI DRAMA SENDIRI - JASMIN HAMID KECEWA, BERANG



"Salah ke bila saya promote (promosi) drama lakonan saya dan juga isu-isu semasa di media sosial saya sendiri? Ada orang kata media sosial saya kotor sebab penuh dengan drama promosi drama sendiri. Sedangkan artis antarabangsa pun gunakan platform media sosial mereka untuk promosi filem mereka serta isu semasa.

"Saya hanya artis Malaysia yang hanya sebesar kuman kalau nak dibandingkan dengan kemasyhuran mereka," demikianlah tulis dramatis popular, Jasmin Hamid yang meluahkan kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sewenang-wenangnya melabelkan akaun media sosial Instagram (IG) miliknya sebagai sampah hanya kerana gemar mempromosikan drama lakonan sendiri.

Kata Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 47, akaunnya bukanlah mempunyai ramai pengikut dan memberitahu dia cuma ingin berkongsi cerita perjalanan seninya sebagai pelakon menerusi platform tersebut.

Klik untuk gambar besar



Pada hantaran sama, Jasmin bersyukur dan menghargai golongan pengikut yang sentiasa menyokong karier seninya dan menganggap sokongan yang diberikan sebagai sumber kekuatan untuknya terus menapak dalam industri.

"Saya cuma semut merah. Tak punya apa-apa. Kalau ada pun, saya tak akan pamerkan harta dunia. Saya cuma nak pamerkan kerja-kerja saya sebagai pelakon dan kadangkala isu semasa sebagai rakyat Malaysia," katanya lagi.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut turut menitipkan kata-kata semangat buat Jasmin dan memintanya mengabaikan sahaja komen negatif berkenaan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: