10 June 2021

IBU KOMEN DI IG SEORANG WANITA - NETIZEN TEKA DIA BAKAL ISTERI HAQIEM RUSLI



Penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli menerusi Instagram Live baru-baru ini yang dibuat sekitar jam 2 pagi itu telah mengumumkan bahawa dia sudah mempunyai calon dan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun 2021 ini.

Meskipun begitu, Haqiem tidak pula mendedahkan siapakah gerangan wanita yang telah mencuri hatinya itu. Namun, peminat nampaknya telah mula mencari siapakah wanita misteri berkenaan apabila ibu Haqiem, Nazrah Nordin seperti ada meninggalkan komen emoji senyum di sebuah hantaran Instagram seorang wanita bernama @sofeaaaaz.

Disebabkan oleh hal itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan komen ditinggalkan oleh kebanyakan peminat Haqiem yang memuji kecantikan wanita tersebut. Setelah meneliti dengan lebih lanjut, wanita itu boleh diandaikan sebagai rakan perniagaan Haqiem dan juga ahli keluarganya.

Sehingga kini, masih menjadi persoalan tentang siapakah bakal isteri kepada Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) itu. Apa pun, sama-sama kita nantikan dan kami doakan semoga urusan perkahwinan Haqiem berjala lancar.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: